#12 : Sampai hati awak tinggalkan saya...

Kuat drama betul boss saya ni. Hahaha.

Saya masuk ofis arini. Buat kali terakhir. Atas meja ada surat dari HR acknowledging my resignation. Saya perlu sediakan Nota Serah Tugas.

So saya siapkan dan bagi pada PA. Kemudian kemas-kemas meja saya. Buang semua kertas-kertas harta karun yang saya simpan selama setahun 2 bulan ni.

Dalam 10 lebih da siap semua da. Ikutkan hati saya nak cabut je da. So bagi kunci ofis kat PA. Cis, boss ada dalam bilik PA pulak. Boss nampak saya, boleh pulak kata nak discuss sekejap dengan saya. Ala, saya da last day ni. Kalau nak tanya pasal sistem, saya dah lupe semuanya boss. Huhuhu.

Time tengah koyak-koyakkan kertas tak guna semua tadi, ada la ternampak surat tawaran masuk kerja tahun lepas. Rasa sebak jugak. Dulu excited je nak kerja gomen, tapi bila da join ni, takde la best mane. Gaji memang la on time, kerja pon tak stress, loan senang dapat, tapi rasa kosong je.. sebab saya banyak main-main kat sini. Hmm. Nanti la saya story pasal sebab utama saya resign ni ye.

Mengantuk la.. nak browse banyak-banyak kat lappy ofis ni.. macam tak best la.. lagipun ni bukan property saya. Saya tunggu boss panggil je ni.. kalau 12.15pm takde lagi.. bye-bye je la jawabnya.

Eh, lupa plak nak karang emel selamat tinggal. Kikikiki.

Kena karang ni, sebab banyak sangat dosa dengan orang-orang kat unit ni. Huhuhu.

#11 : Server not reachable

As stated.

Saya tengah buat job revision yang saya dapat awal pagi tadi. Tapi tiba-tiba nak upload file, server tak reachable pulak. Refresh-refresh pun tak jalan. Buka FB ok je loading. Trading pun ok je connection, takde disconnect pun.

Ade 2 job revision lagi tak siap. 1 lagi tak boleh upload file. So ade 3 la yang belum settle. Submission due malam ni waktu malaysia. Nasib baik waktu tak sama macam kita.

Hmm. Nak mengarut apa lagi ni. Ingatkan boleh la siapkan cepat keje, sebab tu hari ni tak masuk ofis lagi. Hehehe.

Malas betul nak ke ofis kemas barang. Boleh tak kalau saya tak g ofis terus sampai esok? Esok last day saya dah. Kad access dengan kunci ofis pun belum bagi kat diorang lagi.

Memang kena masuk jugak la ni kot. Hmm.

#10 : Demam Raya

Lagi 3 hari nak raya.

Tahun lepas, saya kena demam campak. Dalam 2 minggu sebelum raya, badan saya on off, on off sejuk panas. Buat blood test sampai 3x, takut denggi. Tapi negatif. After 3rd blood test, doktor tentukan yang saya takde denggi, tapi mungkin demam campak sebab badan naik bintik-bintik. After minum air kelapa beberapa kali, baru la kebah. Pastu saya period. Selamat la 4 hari kena ganti puasa. Dan 2 hari sebab demam.

Tahun ni, sama jugak. Tapi selsema je. Baru hari ni kena selsema, selepas migrain teruk semalam. Dan malam ni pun baru datang period. Menjadikan tahun ni tahun kedua saya tak dapat solat raya. Tak pernah lagi pergi solat raya dengan Roomate.

Harap tahun depan ada rezeki. If Allah izinkan.

Alhamdulillah, dengan resignation saya, rezeki saya dari arah lain nampaknya tak putus-putus. Kerja translation makin kerap dapat sekarang, walaupun tak banyak bayarannya, tapi dalam Euro, so kalau convert ke RM, still boleh tahan.

Trading pun mmemberangsangkan, walaupun isu Greece banyak beri effect pada currencies around the world, tapi tidak pada trading ni. Alhamdulillah.

I love doing what I doing now. Target profit hari ni pun da dapat, tapi saya nak cuba kumpulkan target profit untuk minggu ni, sebab Jumaat kan raya, so kemungkinan besar takkan masuk apa-apa entry for the day. So kene closing awal la nanti.

Okay, esok nak jahit langsir raya.