#10 : Demam Raya

Lagi 3 hari nak raya.

Tahun lepas, saya kena demam campak. Dalam 2 minggu sebelum raya, badan saya on off, on off sejuk panas. Buat blood test sampai 3x, takut denggi. Tapi negatif. After 3rd blood test, doktor tentukan yang saya takde denggi, tapi mungkin demam campak sebab badan naik bintik-bintik. After minum air kelapa beberapa kali, baru la kebah. Pastu saya period. Selamat la 4 hari kena ganti puasa. Dan 2 hari sebab demam.

Tahun ni, sama jugak. Tapi selsema je. Baru hari ni kena selsema, selepas migrain teruk semalam. Dan malam ni pun baru datang period. Menjadikan tahun ni tahun kedua saya tak dapat solat raya. Tak pernah lagi pergi solat raya dengan Roomate.

Harap tahun depan ada rezeki. If Allah izinkan.

Alhamdulillah, dengan resignation saya, rezeki saya dari arah lain nampaknya tak putus-putus. Kerja translation makin kerap dapat sekarang, walaupun tak banyak bayarannya, tapi dalam Euro, so kalau convert ke RM, still boleh tahan.

Trading pun mmemberangsangkan, walaupun isu Greece banyak beri effect pada currencies around the world, tapi tidak pada trading ni. Alhamdulillah.

I love doing what I doing now. Target profit hari ni pun da dapat, tapi saya nak cuba kumpulkan target profit untuk minggu ni, sebab Jumaat kan raya, so kemungkinan besar takkan masuk apa-apa entry for the day. So kene closing awal la nanti.

Okay, esok nak jahit langsir raya.

No comments: