Akhirnya...
Saya dapatkan sign bos 25 Jun. Adalah drama-drama sikit. Banyak gak menipu. Huhuhu.
Hari terakhir saya adalah pada 24 Julai. Seminggu selepas Aidilfitri. Tapi saya da start bercuti 1 Julai. Hari ni datang office nak jumpa officer, nak bagi system yang kononnya saya develop, padahal Roomate yang develop, in one night. He is a very good programmer. Love u, Roomate!. Hehe.
Tapi officer tu cuti, jadi saya mesej dia thru WA, then bgtau semua. Asalnya cuti hanya sampai raya ke 5 je, tapi tengok la macamana nanti. Memang kena datang juga, untuk kemas file-file saya kat dalam laci tu.
Jadi, sekarang saya boleh fokus pada sesuatu yang saya suka. Hehe.
Saya suka nombor, jadi sekarang saya sedang berjinak-jinak dengan trading.
Alhamdulillah, baju raya tahun ni adalah buatan sendiri. Hehe.
InsyaAllah tahun depan baju raya Roomate pula adalah hasil tangan saya. Tahun ni tak sempat, dengan cikgu yang busy and saya dan partner in crime saya pun selalu takde masa untuk hadir. Jadi makin delay kelas kami.
I love being at home, dan saya akan mula penuhkan kebun kecik saya dengan sayur-sayur tak lama lagi, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment