#7 : Childhood lullaby

Pagi tadi, gerak dari rumah, hujan turun rintik-rintik. Saya teringat lagu ni. Lagu masa budak-budak. Saya nyanyi lagu ni kat atas motor, dan tanya Roomate pernah dengar/nyanyi lagu ni tak dulu time budak-budak. Biasanya bila nyanyi lagu ni, saya akan buat lukisannya sekali. Lukisan tu lebih kurang macam ni.


*kegigihan 1: melukis guna paint dan melabel*

Hujan rintik-rintik, air bergelora,
Mak bagi 10 sen, ayah bagi 10 sen,
Adik pergi sekolah.
Cikgu tanya adik, 3 tambah 3,
Adik jawab 6,
Cikgu kata betul, adik pun pulang.

Lepas nyanyi lagu ‘hujan rintik-rintik’, saya teringat pula lagu ‘bulat becil bulat besar’ ni pula.
lagu masa budak-budak juga. Nyanyi dan lukis.

 *kegigihan 2 : Lukis je, malas dah nak label. paham-paham sendiri je la*

Bulat kecil, bulat kecil, bulat yang besar,
Sayang ayah, sayang ibu, sayang semua,
6 kali 6, 36,
6 kali 6, anak beruang.

Masa nyanyi lagu bulat bulat ni, saya perasan orang motor sebelah tengok pelik je. Ternyanyi kuat la pula rupanya. *blushing*. Pastu sorok muka kat belakang helmet Roomate. Haha.

Bila dah tua-tua ni, nyanyi lagu zaman kecil dulu, mesti orang tengok pelik. Macam kanak-kanak riang je nyanyi lagu-lagu simple dan happy macam ni.

*ps: saya tangan kayu, memang lukisan buruk. Takyah kutuk.
*pss: susahnya nak consistent menulis kat sini. sejak-sejak membesar dan menua ni, saya rasa agak sukar nak berkongsi perasaan dalam bentuk penulisan.

#6 : Shopping RM1212 At Lazada Malaysia [Contest]

Apa yang boleh dibeli jika ada RM1212 di Lazada Malaysia? Mesti banyak pilihan kerana Lazada menawarkan harga barang yang berpatutan dan diskaun yang hebat terutama pada 12 December 2014 akan datang kerana dijangka akan ada ONLINE REVOLUTION SALE selama 1 hari dengan pelbagai tawaran menarik. Esok je dah ni!




So, Lazada Malaysia akan mengadakan 1 blogger contest iaitu buat 1 post tentang apa yang boleh dibeli di Lazada Malaysia jika ada RM1212 .  

Senarai Hadiah :

Tempat Pertama : RM 200 Cash
Tempat Kedua     : RM 150 Cash
Tempat Ketiga     : RM 100 Cash
Tempat Keempat: RM 50 Cash
 2 x RM50 shopping voucher.  


Cara penyertaan :
  1. Buka website Lazada Malaysia : http://www.lazada.com.my/
  2. Pilih mana-mana produk pilihan dalam website Lazada tetapi jumlah semua barang tidak melebihi RM1212. (Boleh pilih lebih dari 1 barang)
  3. Copy link url product dan letak didalam post/entry (Link boleh klik)
  4. Nyatakan sebab memilih produk tersebut. (Simple je)
  5. Boleh letak gambar product/screenshot dari website Lazada (optional)
  6. Tajuk post/entry : Shopping RM1212 di Lazada Malaysia [Contest]
  7. Letakkan banner diatas dalam entry/post. 
  8. Letakkan caption dibawah dalam entry : 
 Lazada Malaysia akan mengadakan Online Revolution Lazada pada 12 December 2014 iaitu 12 hari sebelum perayaan Krismas. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 24 jam. Dapatkan apa yang anda inginkan musim cuti ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen, barangan rumah, alat permainan dan peralatan sukan.

Pemenang akan dipilih secara random melalui Google Carian  (tidak semestinya pada page pertama) dan URL yang diletakkan di ruangan komen ini . 6 pemenang bertuah akan memenangi shopping voucher dan cash. 

Syarat-syarat penyertaan:
  1. Harga barang tidak melebihi RM1212
  2. Sila letakkan link blog di ruangan komen. (Peluang menang lebih besar)
  3. Pemenang akan dipilih secara random tetapi jumlah harga barang yang melebihi RM1212 akan dibuang dari penyertaan. 
  4. Contest ini hanya valid jika terdapat lebih dari 20 penyertaan, so sila ajak kawan-kawan untuk join :)
Contest ini berlangsung sehingga 12 December 2014. Jangan lepaskan peluang ini! 


Okay, so ini adalah wishlist saya. Tak banyak pun. Ada 2 je.





Kenapa pilih vacuum cleaner ni? First, sebab ia adalah dari Electrolux. Saya percaya pada jenama Electrolux sebab banyak testimoni yang mengatakan produk Electrolux ni tahan lama dan jimat tenaga. 
Harga: RM768 (ada diskaun 8%)






Dah lama plan nak beli Oven. Teringin nak buat cake, pizza dan yang sewaktu dengannya. So rasanya kalau microwave oven ni lebih berbaloi kan, ada 2 fungsi dalam 1. 
Harga: RM269 (diskaun 46%)

Untuk kedua-dua barang ni, total harga cuma:

Electrolux Classic Silence Vacuum Cleaner = RM768
Samsung Microwave Oven ME711K/XSM = RM269
Total = RM1037

Balance = RM175

*Fuh. Berjaya jugak buat entry ni dalam kelam kabut orang nak tukar karpet kat cubicle saya. Hehe.


#5 : Office make over

Few weeks tak bersiaran.

Saya sebenarnya ada banyak cerita yang nak dikongsikan kat sini. Tapi bila nak taip je, rasa macam tak boleh nak tulis pula. Hmmm.

Hari ini adalah hari menukar karpet kat unit saya. Banyak sangat habuk! Habis semua orang batuk-batuk. Meja pon jadi berdebu. Tinggal sekejap ke toilet, meja dan laptop habis berhabuk. Jadi, tadi saya keluar makan kat luar. Kat Restoran Pelita, KLCC. Pukul 11.30 pagi. Hmm. Harga makanan mahal la. Lunch sahaja dah dekat RM10. Dah lama saya tak keluar lunch kat luar. Selalu masak kat rumah dan bawa bekal je. Jimat.

Petang ni InsyaAllah aktiviti menukar karpet akan diteruskan. Pagi tadi mereka cuma cabut karpet di laluan utama dan waktu saya masuk ofis tadi, karpet baru sudah pun dipasang di laluan utama walaupun masih ada lopang-lopang lagi. Bahagian kubikel mungkin akan tukar esok. Jadi petang ini, boleh tak saya nak lepak kat stor je Boss?  Heh. Lagipun esok Boss dah start cuti. Dengar kata nak buat umrah dan langsung ke Turki.

Biasa la hujung tahun. Semua orang pun tengah mood bercuti. Termasuk la saya. ;D

Keadaan ofis ketika proses membuang karpet lama

*saya dah berniat untuk berkongsi kenangan waktu saya di PTM tempoh hari. Tapi masa belum mengizinkan saya bercerita. Banyak perkara baru yang saya cuba. Buat high rope activity, flying fox, menyanyi dengan penuh semangat, jadi MC 2 minit. Banyak la. InsyaAllah di entry lain nanti ye.

#4 : MLM

Pernah dengar tentang MLM?

Bukan Maharaja Lawak Mega. Tapi Multi Level Marketing.

Baru-baru ni, dalam dua minggu yang lepas, saya dibawa untuk mendengar tentang satu kegiatan MLM. Asalnya, memang saya sendiri yang nak dengar tentang kegiatan ni. Sebab dulu, sebelum saya ber'Roommate', saya pernah tinggal bersama dengan someone yang aktif berMLM. Dulu someone ini, sangat secretive, dia kata, dia cuma akan approach orang yang betul-betul berminat sahaja, bukan dengan orang yang hanya mau cuba-cuba untuk dapatkan duit lebih.

Jadi, selepas beberapa kali meyakinkan beliau yang saya serius mahu menambahkan sedikit pendapatan saya dan Roomate, beliau membawa saya ke markas kegiatan beliau ni. Bila saya terangkan kepada Roomate saya yang saya mau dengar penerangan diorang ni, Roomate saya OK je, cuma katanya die tak mau dengar sama, dia cuma akan hantar sahaja saya ke sana.

Jadi bila saya berjumpa dengan someone yang bertanggungjawab memperkenalkan saya dengan 'bisnes' MLM yang beliau lakukan ni, pada awalnya semua macam OK. Saya tengok ramai orang di dalam hall tersebut, ada beberapa kumpulan, masing-masing sibuk berbincang. Malah saya lihat ada juga beberapa kumpulan yang terdiri dari lelaki dan perempuan berbangsa Cina.

Someone ni bawak saya pusing-pusing seluruh hall tersebut, tunjukkan produk-produk yang mereka 'niagakan'. Kemudian kami duduk di satu meja, dan beberapa orang dikenalkan kepada saya, dan mereka bercerita tentang pengalaman mereka melakukan 'bisnes' ni, juga bagaimana pendapatan mereka tu mengubah nasib mereka.

Lama jugak saya mendengar 'celoteh' mereka. Pada awalnya, mereka kata mereka akan biarkan saya decide samada nak join atau tidak. Mereka akan beri peluang untuk saya berbincang dulu dengan Roomate, tapi at the end of the meeting, saya dapat rasakan yang mereka urged saya untuk join.

Kerana berasakan yang saya telah mengambil masa mereka untuk menerangkan segala macam plan marketing mereka tu, saya just decide untuk jadi member sahaja, kerana untuk menjadi distributor, modalnya agak besar (bagi saya), dan setelah saya ceritakan kepada Roomate saya, haruslah beliau tak benarkan saya join!

Sehingga hari selasa lepas, that someone masih menghubungi saya untuk join aktiviti mereka (juga mungkin memandangkan saya telah join sebagai member). Tapi saya berjaya refused. Dan kerana saya tak mau terus berasa bersalah terpaksa mencipta alasan untuk tidak terlibat dalam apa-apa meeting kegiatan tersebut, saya telah mengambil keputusan untuk block beliau dari Whatsapp saya. Jadi sehingga hari ini, saya dah tak dapat mesej beliau.

Saya tak tau keputusan saya ni betul ke tidak.



*Sebenarnya saya takde prejudis pada MLM, tapi saya rasakan cara mereka yang approach saya ni yang buat saya prejudis. Dalam penerangan mereka, mereka lebih menekan kepada mendapatkan downline berbanding produk mereka sendiri. Sedangkan dalam konsep MLM itu sendiri, sesuatu produk itu seharusnya boleh berdiri sendiri tanpa perlukan downline.

*Saya ada rujuk di web UZAR berkenaan MLM. Boleh klik di sini dan sini untuk penjelasan lanjut.

Bagaimana pendapat anda?

#3 : PTS Year End Sales

Saya penggemar buku. Dan saya prefer buku-buku yang saya boleh pegang physically. Tahun ni saya rasa saya banyak beli buku keluaran PTS. Tiap-tiap bulan ada beli, tapi belum baca lagi. Ada yang plastiknya pun tak buka lagi. Ngee***

Antara sebab saya beli buku keluaran PTS ni hampir setiap bulan adalah kerana ini:


Setiap bulan ada macam-macam promosi. Dapat beli pada harga diskaun, dapat penghantaran percuma, dan lately saya selalu dapat kupon untuk extra diskaun dan buku percuma. *suka suka suka*

Saya juga prefer beli online, sebab  kurang suka keluar membeli di kedai-kedai buku. Sebab selalu akan distracted dengan buku-buku lain. Hahaha.


Untuk dapatkan berita mengenai promosi-promosi dari PTS, boleh la jenguk-jenguk di fanpage fb mereka. Dan juga boleh subscribe dari website bookcafe.com.my, so nanti every promotion akan dimaklumkan lebih awal thru email.


#2 : Mini Garden...

Sejak duduk sendiri ni, macam-macam rasa nak buat kat rumah. Paling happy bila ada peluang dan sokongan untuk berbakti pada tanah. Seciput je tanahnya. Dalam pasu pula tu. Hehe. Tapi takpe la. Baru-baru nak mula.

Sebab rumah saya adalah berbumbungkan lantai orang lain, dan juga berlantaikan bumbung orang lain, maka ini sahaja la yang mampu.


Usaha pertama ni cuba tanam pokok cili, daun bawang dan timun. Timun tu sedang membesar dengan jayanya, InsyaAllah. Anak-anak cili tu tumbuh dari dua biji cili yang da kering dalam peti ais, banyak pula tumbuh, kene asingkan kalau tak, nanti mereka taknak membesar pula.

So far, takde guna baja kimia lagi. Baja dengan sisa-sisa makanan je. Roomate saya kate, "Patut la besar, makan banyak, nasi ada, ikan bilis ada..". Hehe. Isnin baru ni baru je tanamkan sisa-sisa dari udang yang saya bersihkan kat bahagian akar pokok-pokok ni. Dapat petua dari kawan satu ofis. 

*Doakan pokok saya membuahkan hasil ye. ^__^

#1 : Fresh Start

Okay.

First entry. Entry lama-lama semua dah takde. Malu pulak bila baca entry dulu-dulu, zaman study. Hehe. Semua benda pon nak dirantingkan. Ngeee***

So sekarang ni dalam cubaan untuk membuat entry-entry yang lebih dewasa. Heh. Dah jadi dewasa dah sekarang. Uhuk Uhuk. Takde la dewasa sangat. Saya rasa saya macam dulu lagi. Heh.

Cuma mahu aktif menulis semula. Nak berkongsi. Selepas dua tahun graduate ni, saya cume berkongsi dengan orang-orang yang saya kenal di dunia nyata je. Macam-macam orang dah jumpe. Berjenis-jenis. Tapi kawan-kawan lama time study dulu, masih ada yang in touch juga.

So, mau kenal kawan-kawan baru juga. Ok?