#10 : Demam Raya

Lagi 3 hari nak raya.

Tahun lepas, saya kena demam campak. Dalam 2 minggu sebelum raya, badan saya on off, on off sejuk panas. Buat blood test sampai 3x, takut denggi. Tapi negatif. After 3rd blood test, doktor tentukan yang saya takde denggi, tapi mungkin demam campak sebab badan naik bintik-bintik. After minum air kelapa beberapa kali, baru la kebah. Pastu saya period. Selamat la 4 hari kena ganti puasa. Dan 2 hari sebab demam.

Tahun ni, sama jugak. Tapi selsema je. Baru hari ni kena selsema, selepas migrain teruk semalam. Dan malam ni pun baru datang period. Menjadikan tahun ni tahun kedua saya tak dapat solat raya. Tak pernah lagi pergi solat raya dengan Roomate.

Harap tahun depan ada rezeki. If Allah izinkan.

Alhamdulillah, dengan resignation saya, rezeki saya dari arah lain nampaknya tak putus-putus. Kerja translation makin kerap dapat sekarang, walaupun tak banyak bayarannya, tapi dalam Euro, so kalau convert ke RM, still boleh tahan.

Trading pun mmemberangsangkan, walaupun isu Greece banyak beri effect pada currencies around the world, tapi tidak pada trading ni. Alhamdulillah.

I love doing what I doing now. Target profit hari ni pun da dapat, tapi saya nak cuba kumpulkan target profit untuk minggu ni, sebab Jumaat kan raya, so kemungkinan besar takkan masuk apa-apa entry for the day. So kene closing awal la nanti.

Okay, esok nak jahit langsir raya.

#9 : Officially unemployed.. ^___^

Akhirnya...

Saya dapatkan sign bos 25 Jun. Adalah drama-drama sikit. Banyak gak menipu. Huhuhu.

Hari terakhir saya adalah pada 24 Julai. Seminggu selepas Aidilfitri. Tapi saya da start bercuti 1 Julai. Hari ni datang office nak jumpa officer, nak bagi system yang kononnya saya develop, padahal Roomate yang develop, in one night. He is a very good programmer. Love u, Roomate!. Hehe.

Tapi officer tu cuti, jadi saya mesej dia thru WA, then bgtau semua. Asalnya cuti hanya sampai raya ke 5 je, tapi tengok la macamana nanti. Memang kena datang juga, untuk kemas file-file saya kat dalam laci tu.

Jadi, sekarang saya boleh fokus pada sesuatu yang saya suka. Hehe.

Saya suka nombor, jadi sekarang saya sedang berjinak-jinak dengan trading.
Alhamdulillah, baju raya tahun ni adalah buatan sendiri. Hehe.
InsyaAllah tahun depan baju raya Roomate pula adalah hasil tangan saya. Tahun ni tak sempat, dengan cikgu yang busy and saya dan partner in crime saya pun selalu takde masa untuk hadir. Jadi makin delay kelas kami.

I love being at home, dan saya akan mula penuhkan kebun kecik saya dengan sayur-sayur tak lama lagi, InsyaAllah.

#8 : Resign

Sebenarnya dah lama plan nak resign.
Sebenarnya lepas habis study, tak pernah pun plan nak kerja.
Sebenarnya dari start degree lagi, saya da plan after abes study, I want money to work for me, not me working to get money.
Tapi, da nak masuk 3 tahun da kerja.
Dah bertukar kerja dah pun sekali. Tapi masih dalam field yang sama. Tetap rasa menyampah bekerja.
Sebab sebenarnya tak minat langsung dah bidang ni. Tapi bila pegi interview, “Saya minat sangat buat programming” tu la jugak yang keluar.

Bila berkira-kira nak resign, mesti kena fikir berkali-kali.
Kalau ikutkan hati, sekarang jugak hantar surat.
Bila fikirkan pasal kerja, takkan aku nak tinggalkan kerja yang tengah buat ni separuh jalan je?
Tapi orang lain bila da buat keputusan nak resign, tak  fikir dah apa jadi pada kerja yang tengah buat sekarang ni. Blah je, tak yah pikir panjang-panjang.
Tapi tu orang lain. Bukan aku.


I want to do something that I can put all my heart in it. Macam jadi suri rumah. Ahaks. 

Eh, jadi suri rumah bukan relax-relax je tau. Banyak keje kat umah tu nak kena buat. But I enjoyed doing it.